Wednesday, May 6, 2015

Padayappa Baling dikepung Kaum India Permatang Pauh



Jika di Baling saya digelar "Padayappa" Baling akan tetapi di permatang pauh bakal digelar "Manik Baasha" kata beliau merujuk kepada watak ikon/hero di dalam filem tamil yang dekat dengan kaum india.

Ahli Parlimen Baling, Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam ucapannya meminta kaum India supaya sedar dan membuat keputusan berubah memberi peluang kepada Calon Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat di kawasan mereka.

Suhaimi Sabudin adalah orang muda, anak tempatan yang lahir, tinggal, dan berkerja di Permatang Pauh dan akan sentiasa berada di Permatang Pauh bersama rakyat, membantu rakyat jika beliau menag dalam pilihanraya kecil ini.

"Permatang Pauh dan Baling tidak jauh mana, saya akan pastikan calon BN di Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin akan sentiasa dibantu bagaimana untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

"Saya akan kongsi pengalaman saya dan saya juga yakin calon BN adalah calon yang bersih dan mampu mengetengahkan masalah rakyat kelak apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh," kata Azeez lagi.

Meneruskan ucapan, Azeez berkata, kuasa terletak di tangan pengundi supaya memberi peluang kepada calon BN untuk membuktikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Suhaimi boleh berada 16 jam sehari di kawasannya jika tiada persidangan Parlimen, berbanding calon PKR yang sudah ada jawatan sebagai ADUN di Kajang.

Masyarakat Melayu, Cina, India dan Siam di kawasan itu katanya, sudah jelas dan tahu siapa yang hanya bersikap retorik dan siapa yang benar-benar mahu bekerja untuk rakyat.

Kekuatan calon BN, dia tahu dan sedar wajib diselesaikan untuk rakyat

Tempoh 30 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 perlu diberikan kepada calon BN untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tengok bagaimana cara Suhaimi membantu rakyat kemudian barulah teruskan atau tidak di PRU 14 nanti.

kemenangan sebagai wakil rakyat bukan sekadar boleh dilakukan seperti TOUCH and GO, sebaliknya komitmen bertemu dengan rakyat melihat isu-isu tempatan dan isu kebajikan secara berterusan.

Kalau ada majlis kematian, kenduri, bencana alam kita perlu ambil tahu dan Suhaimi mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kawasan Permatang Pauh.

Azeez yang bercakap dalam Bahasa Tamil mendapat reaksi positif dari kaum India yang hadir mendegar ceramah ajuran IPF di Commad Center BN, Bandar Perda, Bukit Mertajam.


0 comments:

Post a Comment