Tuesday, May 5, 2015

Bayi Lahir Usus Luar Badan Jadi Anak Angkat Azeez Rahim


Rania Hana Sofia, bayi berumur 2 bulan dilahirkan tidak cukup bulan yang juga mempunyai masalah usus di luar badan amat memerlukan bantuan perubatan.

Hufaidah Sudin menyatakan, Rania memerlukan 2 paket najis sehari yang berharga RM 13.70 seunit dan kos tersebut amat tinggi untuk ditanggung oleh keluarga beliau.

Mereka sekeluarga tinggal di TS 4270 Mukim 8, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau pinang.

Bapa Rania hanya bekerja di kedai cuci kereta dengan pendapatan yang tidak seberapa dan Ibunya pula terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Rania sepenuh masa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim hadir melawat keluarga Hufaizah setelah mendapat maklumat mengenai keadaan bayi tersebut.

Azeez yang prihatin dengan nasib dan kesusahan yang dihadapi oleh Hufaizah sekeluarga berbesar hati mengambil Rania sebagai anak angkat dengan semua perbelanjaan dan kos rawatan ditanggung oleh beliau.

Selain itu, Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji turut menyalurkan bantuan baik pulih rumah sebanyak RM 10,000 menggunakan wang beliau sendiri.

Hufaizah ketika ditemubual melahirkan rasa sukur yang tidak terhingga dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Azeez yang sudi membantu keluarga mereka yang dalam kesusahan.

“Sumbangan yang dihulurkan oleh Dato Sri itu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan kami sekeluarga tidak tahu bagaimana kami mahu mebalas jasa dan budi Dato Sri Azeez,” katanya mengakhiri perbualan.
Share4
Tweet2

0 comments:

Post a Comment