Thursday, August 6, 2015

Serpihan Sayap Disahkan Milik MH370 | Confirmed: Flaperon From MH370


KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada Khamis pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370.

"Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada pukul 1.45 pagi Khamis.

Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.


------------------------------------------------ ENGLISH ---------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, Aug 6 - International experts have confirmed that the flaperon found on the French Reunion Island is from Flight MH370 - supporting an earlier conclusion that the Malaysia Airlines plane crashed into the Indian Ocean almost 17 months ago.

Datuk Seri Najib Tun Razak said today that the experts gathered in the French city of Toulouse "have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370".

"We now have physical evidence that, as I announced on March 24 last year, Flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean," the Prime Minister said live over TV3 at 1.45am today.

The confirmation is expected to narrow the search area and raises hopes of solving what has been described as the greatest mystery in modern aviation history.

Flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared from the radar on March 8, 2014 with 239 passengers and crew.

"The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board," Najib said.

"The plane's disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.

"Neither could investigations by the world's leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane's disappearance remained a mystery, we have shared the pain of those who could find no comfort."

The Prime Minister's announcement which was carried worldwide came 515 days after the plane went missing.

Najib thanked the many nations, organisations and individuals that have participated in the largest search in aviation history.

He hoped that the confirmation, however tragic and painful, would "at least bring certainty to the families and loved ones" of those on board MH370.

"They have our deepest sympathy and prayers," he said.

The Prime Minister assured all those affected by the tragedy that the government of Malaysia would do everything within its means to find out the truth of what happened.

"MH370's disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation," he said.

"And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370."

-- BERNAMA
Read more »

Wednesday, May 6, 2015

Padayappa Baling dikepung Kaum India Permatang Pauh



Jika di Baling saya digelar "Padayappa" Baling akan tetapi di permatang pauh bakal digelar "Manik Baasha" kata beliau merujuk kepada watak ikon/hero di dalam filem tamil yang dekat dengan kaum india.

Ahli Parlimen Baling, Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam ucapannya meminta kaum India supaya sedar dan membuat keputusan berubah memberi peluang kepada Calon Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat di kawasan mereka.

Suhaimi Sabudin adalah orang muda, anak tempatan yang lahir, tinggal, dan berkerja di Permatang Pauh dan akan sentiasa berada di Permatang Pauh bersama rakyat, membantu rakyat jika beliau menag dalam pilihanraya kecil ini.

"Permatang Pauh dan Baling tidak jauh mana, saya akan pastikan calon BN di Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin akan sentiasa dibantu bagaimana untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

"Saya akan kongsi pengalaman saya dan saya juga yakin calon BN adalah calon yang bersih dan mampu mengetengahkan masalah rakyat kelak apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh," kata Azeez lagi.

Meneruskan ucapan, Azeez berkata, kuasa terletak di tangan pengundi supaya memberi peluang kepada calon BN untuk membuktikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Suhaimi boleh berada 16 jam sehari di kawasannya jika tiada persidangan Parlimen, berbanding calon PKR yang sudah ada jawatan sebagai ADUN di Kajang.

Masyarakat Melayu, Cina, India dan Siam di kawasan itu katanya, sudah jelas dan tahu siapa yang hanya bersikap retorik dan siapa yang benar-benar mahu bekerja untuk rakyat.

Kekuatan calon BN, dia tahu dan sedar wajib diselesaikan untuk rakyat

Tempoh 30 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 perlu diberikan kepada calon BN untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tengok bagaimana cara Suhaimi membantu rakyat kemudian barulah teruskan atau tidak di PRU 14 nanti.

kemenangan sebagai wakil rakyat bukan sekadar boleh dilakukan seperti TOUCH and GO, sebaliknya komitmen bertemu dengan rakyat melihat isu-isu tempatan dan isu kebajikan secara berterusan.

Kalau ada majlis kematian, kenduri, bencana alam kita perlu ambil tahu dan Suhaimi mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kawasan Permatang Pauh.

Azeez yang bercakap dalam Bahasa Tamil mendapat reaksi positif dari kaum India yang hadir mendegar ceramah ajuran IPF di Commad Center BN, Bandar Perda, Bukit Mertajam.


Read more »

Tuesday, May 5, 2015

Beli Basikal Guna Duit Sendiri Untuk Raih Undi


Normah Mohd Nor, 59, seorang veteren UMNO dari Mukim 8 kampung Paya,Bukit Mertajam sanggup membeli sebuah basikal dengan duitnya sendiri semata-mata untuk memudahkan pergerakannya meraih undi untuk UMNO/BN di Permatang Pauh.

Normah hanya bekerja sebagai Tukang Sapu di Sekolah Agama Masyriah, Kampung Paya, Tanah Liat, namun kerana semangatnya yang tinggi untuk memperjuangkan parti UMNO beliau sanggup bekorban mengeluarkan wang poket sendiri walaupan sebenarnya wang itu tidak mencukupi bagi dirinya.

Ibu kepada 5 orang anak ini gigih berusaha berniat untuk memberi kesedaran kepada pengundi dikampungnya agar tidak tertipu lagi dengan janji-janji kosong Pakatan Rakyat.

Naib Ketua Puteri UMNO Perak, Ramfizah Ramli yang berkunjung ke rumah Normah kagum dengan semangat yang ditunjukkan wanita tersebut dan beliau berharap akan ada banyak lagi pejuang-pejuang UMNO demikian.

Read more »

SPR Beri Jaminan Keselamatan 'Perjalanan' Kotak Undi


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  memberi jaminan keselamatan ‘perjalanan’ Borang 14 yang mengandungi jumlah undi sesebuah pusat pengundian dan kotak undi ke pusat penjumlahan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Abdul Aziz berkata, proses membawa Borang 14 dan kotak undi dilakukan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Isu keselamatan Borang 14 adalah perkara utama yang dipertimbangkan SPR memandangkan kawasan Parlimen Rompin yang seluas 5,390.2 kilometer persegi adalah sangat besar, sehingga perjalanan ke pusat penjumlahan undi boleh mengambil masa sehingga tiga jam.
Begitu juga dengan perjalanan dari pusat pengundian di Pulau Tioman yang perlu melalui jalan laut, katanya.
“Saya ingin tegaskan bahawa membawa kotak undi hanya sebagai simbolik kerana apa yang penting adalah Borang 14. Apa yang polis benar-benar kawal dan selia adalah Borang 14,” katanya dalam sidang media di Pusat Media PRK Rompin di sini hari ini.
“Borang 14 ini yang akan kita buka dan terima semasa proses penjumlahan dilakukan kerana jika mahu dilakukan kiraan semula undi, ia perlu dilakukan di pusat pengundian sebelum jumlah itu dicatitkan di Borang 14,” katanya.
Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan rakyat agar tidak mempercayai sebarang dakwaan yang menyatakan kotak undi pada PRK itu disabotaj oleh mana-mana pihak.
“Sebelum ini ada yang mendakwa SPR membuang kotak undi ke dalam laut. Sebenarnya kotak undi yang dibawa menerusi feri atau bot, turut dipakaikan jaket keselamatan. Jadi tidak mungkin SPR boleh membuang kotak itu ke dalam laut,” katanya.
PRK Rompin menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad setelah kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.
Sebanyak 52,744 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala 464 atau 85.1 peratus dari 545 pengundi awal telah menunaikan kewajipan mereka pada Khamis lalu.
Keputusan PRK dijangka akan diumumkan pada 11 malam ini.
Read more »

Shabery Berjanji Akan Berusaha Pastikan 'Beli 10, Dapat 10'


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula ‘beli RM10, dapat RM10′.
Menurutnya, pendiriannya itu akan diketengahkan dalam pertemuannya dengan peneraju syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum dibawa ke Kabinet untuk keputusan seterusnya.
“Saya bertanya kepada rakyat (pandangan mereka) dan rakyat hendakkan beli (kad prabayar) RM10, bila diaktifkan dapat RM10.
“Sebab itu saya ambil keputusan di sini (mengenai formula itu) oleh kerana ia kehendak rakyat. Saya akan ikut apa rakyat nak,” kata Ahmad Shabery dalam program Edisi Khas ‘Suara Kita Hak Kita’ terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 malam ini.
Ahmad Shabery, yang ditugaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar susulan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), mengupas topik ‘#Topup: Apa Masalahnya?’ dalam program yang berlangsung kira-kira sejam itu.
Ahmad Shabery seterusnya mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan kenyataan dalam isu itu, oleh yang demikian, beliau memohon maaf.
“Ini sistem baharu, ada teething problems. InsyaAllah kalau salah, kita akui salah. Yang perlu dibaiki, kita baiki,” katanya sambil memohon kesabaran rakyat untuknya menyelesaikan masalah yang timbul.
Beliau menjelaskan sehingga perkara itu diputuskan dalam masa terdekat, jualan kad prabayar telefon akan dibuat menggunakan harga sekarang iaitu dengan tambahan enam peratus CBP.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ini mengarahkan syarikat telekomunikasi agar menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan CBP pada 1 April.
Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei itu ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat kenyataan bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula pada sistem bagi menyelaraskan harga jualan.
Berhubung formula ‘beli RM10, dapat RM10′ itu, Ahmad Shabery yang menganggap tugas menyelesaikan isu harga kad prabayar sebagai satu cabaran, mengharapkan kesediaan syarikat telekomunikasi untuk memahami hasrat itu.
Beliau menegaskan bahawa seperti mana kerajaan, syarikat telekomunikasi juga perlu sensitif kepada kemahuan rakyat memandangkan bidang perniagaan yang mereka ceburi sememangnya memerlukan sokongan orang ramai.
Menteri itu menghuraikan apa yang menjadi harapan rakyat iaitu aspek mampu milik (affordability) serta kualiti perkhidmatan dan pengalaman ketika menggunakan perkhidmatan yang disediakan (quality of service and quality of experience).
Pada masa sama, Ahmad Shabery berkata kedua-dua aspek itu hanya akan dapat dipenuhi apabila sektor telekomunikasi mempunyai infrastruktur yang baik, dan ini memerlukan syarikat telekomunikasi yang ‘sihat’ dalam memenuhi tuntutan itu.
Ini kerana, penyediaan infrastruktur komunikasi termasuk jalur lebar memerlukan pelaburan yang amat besar, katanya.
Ahmad Shabery menegaskan bahawa jalur lebar sepatutnya menjadi hak asasi rakyat dan bukan sekadar satu kemudahan.
Mengimbau pengalamannya ketika berada di beberapa buah kampung di Rompin, Pahang, beliau diberitahu anak-anak muda yang belajar di bandar keberatan untuk pulang kerana tiada kemudahan internet di kampung mereka.
“Insaf saya kerana pada waktu sekarang perkara seperti itu tidak boleh diterima,” katanya sambil menambah menjadi tanggungjawabnya memastikan semua rakyat di negara ini dapat menikmati kemudahan jalur lebar.
Beliau turut membayangkan penyediaan pakej-pakej khas perkhidmatan prabayar kepada golongan tertentu seperti pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah.
Dalam pada itu, beliau menarik perhatian bahawa ekonomi sektor prabayar adalah besar dengan hasil kira-kira RM15 bilion setahun.
Menurutnya, ia merupakan satu ekosistem yang rumit kerana melibatkan banyak pihak seperti syarikat telekomunikasi, pembekal dan pengedar perkhidmatan, dan sebarang pertukaran sistem akan mengambil masa untuk diselesaikan.
Terdahulu, ditanya perasaannya apabila diminta Najib untuk mengendalikan isu kad prabayar, Ahmad Shabery berkata beliau terkejut ketika dimaklumkan tentang tugas itu.
“Arahan beliau (Najib) tunjukkan beliau mahu seluruh menteri berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi perkara seperti ini,” katanya.
Ahmad Shabery berkata, ini menunjukkan bahawa kerajan serius menangani apa juga isu yang mempunyai kepentingan rakyat.
Read more »

#PRKPermatang Pauh : Berlainan Fahaman Politik Antara Ayah Dan Anak, Rumah Dihiasi Bendera Dua Parti


Walaupun berbeza fahaman politik namun itu tidak menghalang sebuah keluarga di Kampung Tun Sardon, Ara Kuda dekat sini hidup gembira dan boleh menghias rumah mereka dengan dua bendera parti politik bersempena pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Ketua keluarga berkenaan Abdul Rahim Talib, 53, berkata beliau dan isteri Puteh Idris, 50, merupakan anggota PAS sejak 20 tahun lepas namun tiga anak mereka berusia 25 hingga 27 tahun adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN).
“Tidak menjadi halangan atau masalah kepada kami untuk memasang bendera PAS dan BN di hadapan rumah bersempena pilihan raya kali ini dan saya juga selama ini tidak pernah menyekat kebebasan anak-anak saya untuk menyokong BN kerana itu pilihan mereka.
“Lagipun saya tidak boleh paksa dua anak lelaki dan seorang anak perempuan saya itu untuk menyokong fahaman politik yang sama dengan saya serta isteri. Mereka berhak untuk pilih parti apa-apa sahaja kerana agama Islam sendiri kata tidak boleh memaksa orang, agama (Islam) kita cantik dan indah. Itu hak mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata dua anak lelakinya Mohd Firdaus, 29, dan Mohd Fauzi, 25, serta anak perempuannya Siti Fatimah, 27, memilih BN kerana mereka merasakan parti itu banyak menyediakan peluang kepada golongan muda seperti mereka.
“Firdaus yang telah berkahwin dan mempunyai tiga anak serta Fauzi menetap bersama saya manakala Fatimah yang juga telah berkahwin tinggal di Penaga (Kepala Batas, Seberang Perai Utara) serta selalu pulang ke rumah saya. Jika timbul isu-isu politik kami akan berbincang dan berkongsi maklumat antara satu sama lain,” katanya.
Firdaus bekerja di sebuah kilang di Perai manakala Fauzi dalam bidang perhotelan.
“Walaupun kami berbeza parti dan fahaman politik saya dan anak-anak tetap menghormati antara satu sama lain kerana tinggal di bawah bumbung yang sama, lagi pun kenapa hendak berpecah atau bergaduh disebabkan politik,” katanya.
Abdul Rahim yang bekerja sebagai pemandu lori sebuah syarikat swasta berkata walaupun PAS tidak bertanding pada PRK Permatang Pauh, keadaan itu tidak menghalang beliau memasang bendera PAS bagi menunjukkan perpaduan di kalangan parti Islam.
Katanya beliau akan keluar mengundi pada hari Khamis ini namun sehingga hari ini masih belum membuat keputusan untuk mengundi mana-mana calon daripada parti yang bertanding.
Abdul Rahim berkata pada PRK Permatang Pauh kali ini, beliau juga tidak terlibat aktiviti berkempen dan lebih senang hanya melihat dan mendengar sahaja berbanding pilihan raya sebelum ini.
“Dua-dua parti (PKR dan BN) ada baik dan buruknya, cuma kali ini saya memang langsung tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkempen, kalau dulu memang saya antara yang aktif membantu kempen tapi kali ini perasaan itu berbeza,” katanya.
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM), dan calon Bebas, Salleh Isahak.
PRK pada 7 Mei ini diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dihukum penjara lima tahun kerana sabitan meliwat, melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan ketua umum PKR itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. – Bernama
Read more »

Bayi Lahir Usus Luar Badan Jadi Anak Angkat Azeez Rahim


Rania Hana Sofia, bayi berumur 2 bulan dilahirkan tidak cukup bulan yang juga mempunyai masalah usus di luar badan amat memerlukan bantuan perubatan.

Hufaidah Sudin menyatakan, Rania memerlukan 2 paket najis sehari yang berharga RM 13.70 seunit dan kos tersebut amat tinggi untuk ditanggung oleh keluarga beliau.

Mereka sekeluarga tinggal di TS 4270 Mukim 8, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau pinang.

Bapa Rania hanya bekerja di kedai cuci kereta dengan pendapatan yang tidak seberapa dan Ibunya pula terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Rania sepenuh masa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim hadir melawat keluarga Hufaizah setelah mendapat maklumat mengenai keadaan bayi tersebut.

Azeez yang prihatin dengan nasib dan kesusahan yang dihadapi oleh Hufaizah sekeluarga berbesar hati mengambil Rania sebagai anak angkat dengan semua perbelanjaan dan kos rawatan ditanggung oleh beliau.

Selain itu, Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji turut menyalurkan bantuan baik pulih rumah sebanyak RM 10,000 menggunakan wang beliau sendiri.

Hufaizah ketika ditemubual melahirkan rasa sukur yang tidak terhingga dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Azeez yang sudi membantu keluarga mereka yang dalam kesusahan.

“Sumbangan yang dihulurkan oleh Dato Sri itu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan kami sekeluarga tidak tahu bagaimana kami mahu mebalas jasa dan budi Dato Sri Azeez,” katanya mengakhiri perbualan.
Share4
Tweet2
Read more »