Wednesday, April 29, 2015

Guan Eng Tidak Serius Isu Tanah Pertanian Permatang Pauh – Tajuddin

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng dilihat memandang remeh hal bekalan makanan terutamnya dalam pengurusan Sawah Padi apabila meluluskan pertukaran guna tanah dari pertanian kepada bangunan atau perumahan.Hal itu dibangkitkan oleh penduduk Kampung Permatang Ara yang runsing dengan kegiatan membeli tanah sawah milik orang kampung yang dibangunkan untuk membina rumah kediaman yang kemudiannya dijual dengan harga yang tinggi.Keadaan tersebut menjadikan kawasan padi kampung tersebut menjadi semakin kecil dan mungkin akan pupus jika kegiatan tersebut tidak dibendung dengan segera.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,...
Read more »

Tuesday, April 28, 2015

Banjir DI Pakistan : 37 Tekorban, 200 Cedara

Sekurang-kurangnya 37 orang terkorban dan lebih 200 orang cedera akibat banjir dan ribut di barat laut Peshawar, Pakistan. Menteri Penerangan, Mushtaq Ghani berkata hujan lebat berserta ribut bukan saja mengakibatkan banjir tetapi menyebabkan banyak bangunan runtuh selain pokok tumbang. Pegawai Pengurusan Bencana Pakistan, Lutfur Rehman berkata ribut yang berkelajuan 75 km/jam itu adalah kejadian yang luar biasa dan ramai penduduk terkejut serta tidak sempat mendapatkan perlindungan. Semua operasi penerbangan di Lapangan Terbang Peshawar juga telah dihentikan hingga banjir pulih. – ...
Read more »

Pengundi Muda Dijangka Beralih Arah, BN Bakal Jadi Pilihan - Jamawi

Pengundi muda dijangka mula beralih arah dengan menyokong calon BN kerana sudah jemu dengan retorik politik keluarga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, ada golongan muda yang mengaku mereka pernah menjadi penyokong kuat PKR suatu ketika dahulu, telah beralih arah kepada Umno kerana bosan dengan politik keluarga Anwar. “Mereka berkata, Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah menghargai sokongan diberikan pengundi sebaliknya mengutamakan kepentingan keluarga daripada memperjuangkan nasib pengundi,” katanya. Menurut Jamawi, BN mempunyai potensi besar...
Read more »

Monday, April 27, 2015

#PRKPermatangPauh : Pemuda PAS Pulau Pinang Nekad Tidak Akan Bantu

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.“DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali....
Read more »

#PRKPermatangPauh : Pengundi Harus Bijak Memilih, Tolak Calon 'Touch N Go' - Shahrizat

Calon PKR Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya 1999, 2004 dan 2008 sebelum berundur memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, pada 2013. Oleh yang demikian, pengundi Parlimen Permatang Pauh boleh membuat penilaian dan perlu menolak wakil rakyat yang disifatkan sebagai ahli politik 'Touch N Go' kerana amalan suka berpindah-randah kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, berdasarkan rekod...
Read more »

Pulau Pinang Isytihar 7 Mei Sebagai Cuti Umum

Pulau Pinang mengisytiharkan 7 Mei sebagai cuti umum negeri sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata inisiatif ini bagi membolehkan para pengundi, terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar dan mempunyai jadual kerja yang sibuk, untuk mengundi.“Selepas perbincangan dengan exco-exco negeri, 7 Mei telah diwartakan sebagai cuti umum peringkat negeri,” kata Guan Eng pada sidang akhbar di Muzium Negeri Pulau Pinang, hari i...
Read more »

#PRKPermatangPauh : Proses Penamaan Calon Berjalan Lancar

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bermula pada pukul 9 pagi di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam, di sini Sabtu.Ia dijadual berlangsung selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Jusni Ismail mengumumkan nama-nama calon bertanding.Sebelum ini, Barisan Nasional mengumumkan pemilihan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh Suhaimi Sabudin sebagai calonnya manakala PKR menamakan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti itu.Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan...
Read more »

Shahrizat Yakin Jentera Wanita Jalankan Tugas Yang Baik Membantu Kemenangan Di Dua PRK

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau menaruh harapan yang tinggi terhadap jentera Wanita UMNO atau Jalinan BN.Menurut Shahrizat, beliau berharap ahli-ahli Wanita UMNO yang turun berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh mahupun Rompin dapat melaksanakan tugas bertemu rakyat menjelaskan isu-isu berbangkit.Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut meletakkan keyakinan yang tinggi kepada jentera Wanita (Jalinan Rakyat) menjalankan tugas dengan penuh amanah, intregriti dengan mengikut undang-undang dan peraturan dan mengikut arahan kepimpinan yang ditelah diamanahkan.“Saya percaya...
Read more »

#PRKRompin : Pelancaran Jentera Puteri UMNO Berjalan Penuh Semangat

Penyelaras Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini melancarkan Jentera Puteri UMNO Malaysia PRK Rompin di Tapak Dewan Terbuka Majlis Daerah Rompin pada jam 11.30 pagi tadi.Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Puan Zahida Zarik Khan dan juga calon PRK Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin yang hadir bersama isteri beliau.Dalam ucapannya di majlis tersebut, Hishammuddin turut meminta jentera Puteri fokus kepada pengundi di Felda.Beliau juga menyatakan...
Read more »

Sunday, April 26, 2015

#PRKPermatangPauh : Jentera Puteri Bersiap Sedia Tawan Pengundi

Seramai 1,500 jentera Puteri UMNO hadir di majlis Pelancaran Jentera Puteri UMNO di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh hari ini.Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Penyelaras PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bertempat di Dewan Transfomasi Permatang Pauh pada jam 3.00 petang, di sini.Turut hadir di majlis tersebut ialah, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, Exco-Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan beberapa pemimpin UMNO.Ketuanya, Mas Ermieyati dalam ucapannya sebentar...
Read more »

#PRKPermatangPauh : PAS Permatang Pauh Terpaksa ‘U-Turn’

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam pagi tadi.Omar yang ditemui dilihat seperti terpaksa hadir ke majlis tersebut, apabila semua tuntutan dikemukakan pihaknya tidak dilayan PKR.PAS Permatang Pauh juga dilihat seperti terpaksa menyokong jentera PKR sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu nanti.Omar berkata, pihaknya diarah untuk mengumpulkan ahli PAS Permatang Pauh dan memberi penjelasan berhubung tindakan ‘U-Turn’ itu.Sebelum ini, PAS Permatang Pauh telah memberi kata...
Read more »

Khairy Nafi Pemuda Atur Gerakan Jatuhkan PM

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan sekerasnya bahawa wujud gerakan dalam Pemuda UMNO untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Menurut Khairy, isu itu sengaja ditimbulkan portal dan blog pro pembangkang untuk melaga-lagakan Pemuda UMNO dengan Perdana Menteri.Beliau yang ditemui di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh turut merayu pengundi muda dalam Parlimen Permatang Pauh supaya memberi peluang kepada calon BN, Suhaimi Sabudin pada PRK kali ini.Khairy menambah, BN meletakkan calon yang berusia 44 tahun, itu membuktikan bahawa BN mahu mengetengahkan...
Read more »

#PRKPermatangPauh : Ibarat ‘Mendaki Gunung’, Namun Tidak Mustahil Berjaya – TPM

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidddin Yassin berkata cabaran yang perlu dilalui Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh adalah sukar yang diibaratkannya seperti ‘mendaki gunung’.Namun, Muhyiddin turut mengingatkan bahawa kemenangan bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai calon BN Suhaimi Sabudin, kerana BN bergerak sebagai satu pasukan yang padu.“Saya tahu ini bukan kerja mudah…’we are underdog’ kata orang, sebagai ‘underdog’ kita tahu cabaran kita seperti mendaki gunung.“Tapi saya yakin kerana dalam BN yang bergerak bekerja semuanya padu, tak ada split (perpecahan) dalam UMNO bahagian baik dari segi...
Read more »

#PRKPermatangPauh : Pertandingan Empat Penjuru, Wan Azizah Mahu Rebut Kembali Tempatnya

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PKR, Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon Bebas.Perlawanan sengii dijangka antara empat calon itu adalah, Suhaimi Sabudin (BN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Salleh Ishak (Bebas) dan Azhar Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.Pada jam 10 pagi tadi, proses penamaan calon ditutup dan sejurus selepas itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Jusni Ismail mengumumkan nama calon.Proses penamaan calon berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.Bermula jam 9 pagi, ribuan penyokong parti-parti...
Read more »

Saturday, April 25, 2015

Shahrizat Yakin Jentera Wanita Jalankan Tugas Yang Baik Membantu Kemenangan Di Dua PRK

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau menaruh harapan yang tinggi terhadap jentera Wanita UMNO atau Jalinan BN.Menurut Shahrizat, beliau berharap ahli-ahli Wanita UMNO yang turun berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh mahupun Rompin dapat melaksanakan tugas bertemu rakyat menjelaskan isu-isu berbangkit.Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut meletakkan keyakinan yang tinggi kepada jentera Wanita (Jalinan Rakyat) menjalankan tugas dengan penuh amanah, intregriti dengan mengikut undang-undang dan peraturan dan mengikut arahan kepimpinan yang ditelah diamanahkan.“Saya percaya...
Read more »

#PRKPermatangPauh : Calon Masih Muda, Ada Kelulusan – Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dibuat setelah mengambil kira semua faktor dan kehendak penduduk tempatan.Menurut Timbalan Pengerusi BN itu pemilihan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin sebagai calon BN dibuat selepas dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kepimpinan UMNO pusat dan bahagian.“Kami dapati ini adalah calon yang paling sesuai, masih muda, ada kelulusan yang tinggi dan terlibat dalam bidang keusahawanan serta telah lama terlibat dalam parti.“Tambahan pula, beliau sudah mengenali kawasan Permatang...
Read more »

#PRKPermatangPauh : Suhaimi Calon Yang Terbaik, Disenangi Rakyat

Keperibadian Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh Suhaimi Sabudin yang dipilih menjadi calon pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh memang disenangi penduduk kawasan berkenaan kerana beliau seorang yang mudah didekati dan sentiasa tersenyum.Seorang peniaga, Rizalman Husain, 45, berkata penduduk di Permatang Pauh memang mengenali Suhaimi, 44, yang selalu turun padang ketika penduduk di situ menghadapi masalah terutama bencana alam.“Beliau sentiasa tersenyum dan selalunya bila ada penduduk menghadapi masalah terutama rumah mereka dilanda ribut atau banjir kilat, dia mesti ada dan membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa.“Penduduk di Permatang...
Read more »

#PRKRompin : Slogan PAS Berkempen Tidak Bertanggungjawab – Hasan

Calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Datuk Hasan Arifin berkata, tindakan PAS menggunakan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sebagai slogan dalam berkempen di Parlimen Rompin adalah sebagai tidak bertanggungjawab.Katanya, pelaksanaan CBP oleh kerajaan adalah untuk mentrasformasikan negara sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.“Slogan PAS ‘Satu Undi PAS, Satu Undi Tolak GST’ adalah konotasi yang tidak bertanggungjawab, dan CBP sebenarnya adalah satu transisi yang diusahakan oleh kerajaan (untuk menjadi negara maju),” katanya.Hasan berkata demikian selepas menghadiri majlis pecah tanah Dewan Semai Bakti di Felda...
Read more »

Friday, April 24, 2015

#PRKPermatangPauh : Mat Sabu Dan Mujahid Ditolak PAS Permatang Pauh

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata pihaknya hanya akan mendengar sebarang pendapat, nasihat atau desakan diketengahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang dan Dewan Muslimat negeri itu.PAS Kawasan Permatang Pauh turut menolak untuk bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.Penolakan kedua-dua pemimpin terbabit adalah berikutan mereka berdua didakwa tidak membawa suara akar umbi, sebaliknya hanya memainkan peranan politik popular dalam pakatan pembangkang.Malahan kedua-dua pemimpin berkenaan didakwa tidak pernah berjumpa...
Read more »

Thursday, April 23, 2015

#PRKRompin : Senarai Calon PRK Rompin P091

Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin P091Tarikh PRK : 5 Mei 2015Nama Calon :1. Nazri Ahmaf (PAS)2. Datuk Hasan Arifin (BN)Penyandang : Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (BN)Undi diperoleh 2013 : 30,040Majoriti 2013 : 15,...
Read more »

#PRKRompin : Pengalaman Di Pengkalan Kubor Dibawa Ke Rompin – Ahmad Razif

Menteri Besar Terngganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, UMNO Terengganu akan menggunakan pengalaman mereka ketika membantu Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang lalu dalam usaha meningkatkan majoriti undi dalam PRK Parlimen Rompin 5 Mei ini.Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu, dalam PRK DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept tahun lepas, UMNO Terengganu diamanahkan untuk menjaga pusat daerah mengundi (PDM) Tujoh, dan berjaya meningkatkan undi majoriti dalam jumlah yang besar.Pada kali ini di Rompin, UMNO Terengganu diberikan tanggungjawab menjaga tujuh PDM...
Read more »

#PRKRompin : Satu Lawan Satu, Penulis Blog Gagal Hantar Borang

Pegawai Pengurus Pilihan, Raya Datuk Fadzilla Salleh mengumumkan, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, P091, bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.Pusat penamaan calon yang dibuka pukul 9 pagi tadi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah dan ditutup pada jam 10 pagi.Dua calon yang hadir calon PAS dan BN menghantar borang iaitu Datuk Hasan Arifin daripada Barisan Nasional (BN), dan Nazri Ahmad daripada PAS, telah menyerahkan pencalonan masing-masing.Masing-masing tiba di pusat penamaan calon Nazri pada jam 8.45 pagi disusuli Hasan yang tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.04 pagi.Pada jam 9.50...
Read more »

#PRKRompin : Proses Penamaan Calon PRK Rompin Bermula

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula pada pukul 9 pagi ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.Ia dijadual berlangsung selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh mengumumkan nama calon yang bertanding pada PRK ini.Sebelum ini Barisan Nasional mengumumkan pemilihan pemangku Ketua UMNO bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin sebagai calonnya manakala PAS pula menamakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad untuk mewakili parti itu pada PRK berkenaan.PRK Rompin diadakan berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih,...
Read more »

#PRKRompin : Jangan Ambil Mudah, Anggap Kerusi Itu Kubu Kuat BN – Hishammuddin

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan semua jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak ambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini dengan menganggap kerusi itu kubu kuat BN.Menurut Menteri Pertahanan itu, berkata jentera BN perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan serangan terhadap parti itu, terutama serangan bertubi-tubi terhadap pucuk pimpinan.“Hari ini saya lihat sendiri wanita BN sudah bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang begitu berat, pada masa parti dan pucuk pimpinan parti kita diserang bertubi-tubi oleh pelbagai pihak,” katanya.Penyelaras BN bagi PRK...
Read more »

Tuesday, April 21, 2015

#PRKPermatangPauh : Rafizi Nafi Kenyataan Media Berhubung PRK Permatang Pauh

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menafikan satu kenyataan media yang tersebar di media sosial yang meminta PAS menarik balik kenyataan berhubung kerjasama antara parti itu dengan PKR.Menurut Rafizi, kenyataan yang tersebar di whatsapp mengenai PRK Permatang Pauh itu adalah palsu dan permainan jahat musuh parti itu.“Lain kali nak menirupun perlu semak kenyataan saya yang tidak pernah bernombor,” katanya.Berikut adalah kenyataan media palsu yang dimaksudkan:KENYATAAN MEDIAPARTI KEADILAN RAKYAT BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA OLEH YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUHBerhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan...
Read more »

#PRKRompin : Umno Yakin BN Dapat Majoriti Undi Lebih Besar Di Rompin

UMNO yakin Barisan Nasional (BN) dapat memperoleh majoriti undi yang lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Rompin pada 5 Mei ini sekiranya dapat menangkis pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu dengan sebaik mungkin.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata BN mampu memperjelaskan sebarang isu atau tohmahan yang dilontarkan oleh pakatan pembangkang melalui media sosial.Justeru, katanya, UMNO khususnya perlu memperhebat usaha menangkis dakyah yang dilemparkan oleh pembangkang melalui Facebook, ‘Whatsapp’ dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).“Kita perlu bersedia dengan maklumat yang sahih terlebih dahulu...
Read more »

#PRKRompin : Sokongan Terhadap BN Masih Ada, Agak Menarik Untuk Tahu Margin Kali Ini – Tun M

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, Barisan Nasional (BN) masih diterima di Rompin dan menerima sokongan daripada pengundi parlimen Rompin.Menurutnya lagi, beliau tertarik untuk mengetahui margin yang bakal BN dapat untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang bakal berlangsung 5 Mei depan.Dr. Mahathir yang optimis kemenangan BN di Rompin, bagaimanapun ingin melihat pecahan serta perbandingan majoriti parti yang telah bertapak di situ sejak sekian lama.“Sekarang di Rompin, sokongan terhadap BN masih ada…agak menarik untuk tahu margin yang dapat kali ini,” ujar Dr. Mahathir.PRK Rompin diadakan berikutan kematian Allahyarham...
Read more »

Monday, April 20, 2015

#PRKPermatangPauh : Pas Permatang Pauh Mahu PKR Mohon Maaf Soal Hudud

PAS kawasan Permatang Pauh hari ini menuntut Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka mengenai hudud jika mahu mendapatkan sokongan Pas pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu pada 7 Mei ini. Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, Pas hanya akan meneruskan kerjasama dalam pakatan pembangkang jika PKR memohon maaf secara terbuka sebelum penamaan calon pada 25 April ini. Pendirian itu adalah keputusan ahli-ahli akar umbi dalam mesyuarat agung Pas kawasan Permatang Pauh hari ini, katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu di sini hari ini. Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas negeri itu juga mengambil...
Read more »

#PRKPermatangPauh : Kenyataan Pemuda Pas P.Pinang Bukan Pandangan Pusat – Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, kenyataan Pemuda Pas Pulau Pinang tidak akan bekerjasama dengan rakan sekutu dalam pakatan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh adalah pandangan dewan pemuda itu.Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata, sehingga kini kepimpinan Pas pusat belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang berhubung perkara itu.“Saya anggap ia sekadar pandangan daripada mereka, tiada apa-apa tindakan akan diambil…tengoklah bila bermula pilihan raya nanti.“Sesiapa pun boleh beri pandangan, namun keputusan parti akan dipatuhi oleh semua,” katanya...
Read more »

#PRKRompin : Hasan taruhan BN di Rompin

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin bagi mempertahankan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 5 Mei ini. Pemilihan Hasan, 62, yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Rompin di sini hari ini. Pemilihan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam itu menepati ramalan banyak pihak yang melihat beliau sebagai calon selesa jika BN mahu mengekalkan penguasaan kerusi berkenaan kerana sudah dikenali masyarakat Rompin...
Read more »